Friday 8 June 2018

Kasih Sayang Palsu #2

#2

Baik lah , mari kita sambung cerita pasal si Lan . Pada yang baru in dalam ni , Sila lah baca post yang bawah dulu sebelum korang baca yang #2 ni ye . Sebab kalau korang baca yang ni dulu . Korang takkan faham cerita awal . So sila lah rajinkan diri you all untuk baca yang bawah dulu . Terima kasih . And Thanks jugak pada yang still nak baca post baru aku ni . Jasa mu di kenang . Haha .

So let's start it , as usual la kan . Couple mana-mana pun seminggu memang takde masalah punya lah . But lepas seminggu , aku dah di datangkan dengan dugaan . Haaa .. Nak tahu apa dugaan nya . Dugaan merendahkan ego untuk selamatkan hubungan . Okay , meh aku story pasal kes asal dia macam mana . Sebab bagi aku kes ni sebenarnya kes ringan je tapi membawa kepada tangisan maut . Hambek kau , tangisan maut . Jangan main-main okay . Sebab apa aku kata tangisan maut . Sebab tangisan tu telah menjatuhkan ego aku . And aku sendiri tak tahu macam mana ego aku boleh jatuh ngan Lan ni . Bukan jatuh biasa-biasa tau . Jatuh merudum terox .

Cerita asal dia macam ni . Pada suatu hari Jumaat tu . Aku seperti biasa kerja lah kan . Tapi keje shift petang . Masuk pukul 3pm . Tapi sebab malas nak masak . Turun g keje awal sebab nak ajak member teman makan kat luar . Bukan luar pun , kedai makan dekat ngan klinik aku keje gak . Then , masa nak g keje tu . Macam biasa lah kan , duk sebuk berchat ngan Lan ni . Asalnya perbualan macam biasa . Elok je . Then , masa aku turun g keje tu , dalam pukul 12.30pm . Aku pun ada la ingat kan dia ni g solat Jumaat . Dia kata okay . Bila aku dah dekat kedai makan ngan kawan aku ni . Dah amik nasi , dah duduk kat meja . Aku dapat voice note dia dia kata dia nak tido . Masa tu dah pukul 1pm mcm tu la . Then aku vn cakap ' uii , tak g solat Jumaat ke ah ?' . Then , dia macam terkejut aku cakap macam tu . Dia kata 'Apasal kasar sangat bahasa? Tak boleh cakap elok-elok ke ?' . Masa tu aku ni bodoh . Tak sedar yang bahasa tu kasar . Sebab bagi aku , aku tak jerkah dia pun . Cuma tertinggi la sikit suara . Then , aku cakap la sorry ka dia . Lan ni pulak kata ' Kalau dah tak suka cakap je lah . Jangan main tinggi suara macam ni . Ingat sy ni apa ? Kalau dah tak suka sangat putus je lah !'. Aku macam terkedu kat kedai makan tu sebab perkataan PUTUS tu . Masa tu makan pun dah mula la takde selera . Asyik memikirkan si Lan ni dah sound aku tadi . Air mata masih tahan lagi . Sebab fikir aku ni kat kedai makan kan . Takkan nak nangis pulak tetiba , tambah pulak member keje aku ada depan aku . So cover la sikit kan air mata tu . Then Lan ni spam aku lagi . Dia kata ' Sy ni bukannya bodo sangat tak pergi solat Jumaat , sy tahu tanggungjawab sy.' Perghhhh , masa tu lagi la rasa nak menitik air mata ni . Rasa serba salah dah mula selubungi diri aku masa tu . Dah siap makan . Aku balik ke klinik .

Masuk je klinik , aku masuk bilik pantry , aku kunci pintu bilik tu . Terus call dia . But no respond . Aku pun takde la call dia lg sebab fikir maybe dia g solat Jumaat kan . So , cool kan diri dulu . Dalam pukul 3pm aku call dia lagi . Dia tak angkat call aku weyh . Dia decline call aku . Ya Allah , masa tu Allah je tahu perasaan serba salah tu menebal tahap apa dah . Still contact jugak . Sebab nak minta maaf la kan . Aku spam dia minta maaf , sorry , mengaku salah suma . Tapi no respond weyh . Perghhh , hati batu betul mamat ni . Then , masa tu air mata mula menitik . Sebab aku terfikir , takkan sebab kecik ni aku ngan dia nak putus kan . Macam tak berbaloi untuk aku korbankan hubungan aku ni semata-mata untuk hal ni . So , dalam keadaan yang duk menangis teruk tu . Still continue contact dia . text , call , voice note , suma lah . Then , dapat satu chat dari dia . Dia kata dalam chat tu ' Jangan kacau aku . Jangan cari aku ! Kau nak belah dari hidup aku pun aku tak kesah!' . Ya Allah , masa tu lagi la dengan tengah menangis and rasa nak menjerit je weyh . Sebab tak sangka dia boleh buat aku macam tu atas sebab kesalahan kecil aku . Aku pun hormat la kehendak dia . Aku biarkan dia . Aku rasa dia taknak aku serabut kan dia . Dia nak aku bagi dia ruang agaknya .

Then , aku cool down , aku lap air mata aku . Aku betulkan tudung . Keluar bilik pantry dengan hidung merah , mata merah and sembap . Memang nampak la muka baru lepas nangis . Memang sampai malam la aku kemurungan kerja . Sampai member sama shift pun tegur apasal aku diam and tak ceria hari tu . Aku diam je , tak jawab sepatah pun . Masa solat maghrib , aku doa Allah lembutkan hati dia ni . Lepas solat maghrib , aku try text Lan . Aku cuma bagi salam je kat dia . Dan Alhamdulillah la dia jawab salam aku tu . Masa tu hati dah mula lega sikit . Aku pun tanya dia 'Awk marah sy lagi ke ? Sorry la pasal tgh hari td . Takde niat pun nak marah or tengking awk mcm tu '. Dia kata ' Tak marah dah. Sy okay je.' Masa tu rasa bersyukur sangat . Alhamdulillah la doa aku termakbul untuk lembutkan hati dia and maafkan aku . Then , sembang macam biasa . Masa tu bersyukur sangat sebab hubungan aku tak berakhir dengan hal yang sekecil ni je . And suma nya kembali macam biasa . Gelak ketawa balik .

So , apa yang aku paham pasal lelaki based on apa yang jadi ni . Laki tak suka ditengking . Maybe dorang rasa kelelakian dorang tercabar kot bila di tengking . And some more , if la aku ada suami suatu hari nanti , takkan aku nak tengking suami aku kan . Maybe itu yang Lan nak pupuk pada aku . Kedua , lelaki tak suka di desak . Bila dia tengah marah , better korang biar kan dia tenang kan fikiran dia sebelum ada perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut dia . Maklumlah kan , masa tengah marah , mana nak sedar cakap apa . So biarkan dia tenangkan otak dia dulu . Jangan pulak korang g pressure dia , paksa-paksa dia bagai . Benda tu akan keruhkan lagi keadaan .

Maybe sampai sini je kot post untuk kali ni . Kalau nak tahu apa yang jadi lepas kes ni . Tunggu post #3 dari aku yer . Ada dugaan yang lagi perit aku ngan Lan ni lalui sepanjang perhubungan ni . So stay tune guys .


Pengajaran ;
Try selesaikan masalah bersama . Jangan lari dari masalah . Jangan asyik nak menang je . Mengaku dengan kesalahan sendiri . Kadang dengan cara mengaku kesalahan sendiri akan mengembalikan kebahagiaan dalam satu perhubungan tu . 

No comments: