Friday 8 June 2018

Kasih Sayang Palsu #3

#3

Disebabkan aku kebosanan , aku rasa nak continue post #3 ni . So , pada sesiapa yang baru in dalam blog aku ni , sila lah baca post yang lepas-lepas which is #1 and #2 . Boleh je nak baca terus #3 tapi macam tak syok la sebab dah tengah-tengah kan . Lebih elok kalau start from #1 kan . Pada yang dah baca , thanks sebab stay tune untuk dengar cerita merepek aku ni . Bukan merepek okay . Cerita kenyataan . But Alhamdulillah la , bagi aku setiap yang berlaku dalam perhubungan aku dengan Lan ni ada hikmahnya . Macam mak aku selalu kata , Allah swt uji kerana Allah swt tahu tahap kemampuan hambaNya itu untuk menempuh dugaan yang diberi atau dugaan yang akan diberi . So , kita sebagai hambaNya , hanya mampu berserah dan bertaqwa . Qada dan Qadar telah ditetapkan . Cehhhh , dah macam ustazah pilihan 2018 dah aku ni . Hahahahaha . Sudah Nazirah , back to main point kita ye . 

Dalam lebih kurang 2minggu hubungan aku dengan Lan ni terjalin . Ada satu hari Lan bagi tahu aku yang dia nak kene balik Sarawak (maklumlah orang Sarawak lah katakan) . Dia bagi tahu yang maybe dia akan balik dalam 3 hari macam tu la . So , aku boleh buat apa kan . Lagi pun , dia bukannya nak kemana . Dia nak balik kampung halaman dia jugak . Tu pun kalau bukan sebab nak settle kan hal tanah , aku rasa dia tak balik kot . But , takpe aku okay je dia nak balik kampung dia . Yelah kan , takkan aku tak bagi pulak . Walaupun dalam hati ni kalau boleh taknak dia balik sebab nanti susah la aku nak contact dia . Mana tak nya . Korang pun tahu kan yang Sabah and Sarawak ni susah sikit dapat line . Sebab kawasan pendalaman . So line telefon susah sikit nak dapat .. Ouh ya , aku lupa nak bagi tahu . Lan ni dah takde parents , tpi dia ada kakak 2orang . Tapi hubungan dia dengan kakak dia ni kurang rapat sebab ada la masalah sikit (sorry tak boleh cerita sebab aib orang) . 

Lepas dia balik sana , biasa lah busy je memanjang . Orang dah lama tak balik kampung . So ,dia adalah orang yang jadi tumpuan bagi orang kampung . Tapi kalau ada masa terluang . Dia ada je contact aku bagai . Mana boleh tahan oii hati rindu . Hahaha . Masa dia dekat sana dia ada la lepak dengan kawan and saudara dia yang kat sana . Tiba-tiba , lepas 2 hari kot tak silap aku , kakak Lan ni bagi tahu Lan yang dorang nak jodohkan Lan ni .Lan ada bagi tahu aku . Aku masa tu macam tersentak gak kan . Sape je tak tersentak weyh . Bf nak dijodohkan dengan orang lain kot . Tambah pulak pilihan family . Sape je boleh lawan cakap family kan . And masa Lan bagi tahu aku yang kakak dia nak jodohkan dia tu . Aku acah cool . Siap boleh tanya lagi dengan sape kakak dia nak jodoh kan dia . Padahal masa tu rasa nak luruh jantung ni fikir apa yang akan jadi dengan relay aku . Then , Lan cakap yang kakak dia ni nak jodohkan dia dengan ex dia yang dulu . Aku tanya la , cantik ke perempuan tu ? Perempuan tu asal mana ? And macam-macam lagi la aku tanya . Tanya pun sebab nak try berlakon yang aku okay . And nak tutup rasa resah hati aku ni . Lan pun kata yang ex dia tu takde la cantik mana (yang ni aku tak tahu yang dia nak jaga hati aku or what). Biasa-biasa je kata Lan . Asal Sarawak la , sama macam Lan . Kakak dia pun berkenan sebab sama-sama Sarawak kan . Tapi Lan kata , Lan taknak ngan perempuan tu . Sebab ada la benda yang perempuan tu buat yang tak syok nak dicerita . 

Haaaa .. Ni dah nak masuk kes rela hati ni . Aku pun kata la kat Lan tu , yang aku tak kesah kalau dia nak go on ngan ex dia tu . Lagi pun kakak dia memang dah suka betul ngan perempuan tu . Aku bukan apa , aku taknak la nanti kalau la aku jadi kawin ngan Lan . Apa pulak kakak Lan pandang aku ni kan . Dah macam perosak rancangan keluarga orang dah . Lepas aku bagi tahu macam tu kat Lan ni . Lan macam nak marah . Tapi takpe , aku cool down . Aku taknak la gaduh en . So , aku cakap kat dia hal ni sebenarnya terpulang pada dia . Kalau dia kata dia nak , so lepaskan aku . Kawin ngan perempuan pilihan kakak dia tu . But sape yang rela kan . Kalau bf tinggalkan sebab nak penuhi kehedak keluarga . Memang la elok sebab ikut cakap keluarga . Tapi aku la kesian , terkontang-kanting sorang-sorang. Tapi Ahamdulillah la . Si Lan ni rasa sayang dia masih menebal kat aku masa tu . Dia cakap kat kakak dia yang dia taknak ngan perempuan tu sebab dia dah ada calon dia sendiri which is orang Semenanjung (aku la orang Semenanjung tu) . Kakak dia pun kata boleh kalau dia taknak kawin ngan perempuan pilihan kakak dia tu tapi dengan syarat . Kakak dia nak jumpa ngan aku . Dia pun , disebabkan taknak kawin ngan ex dia tu . Dia sahut cabaran kakak dia tu . Dia kata yang dia akan bawak akak dia datang jumpa aku . 

Cukup kot rasanya sampai sini , nanti bila-bila aku sambung #4 pulak ye . Panjang sangat la cerita ni . Nanti korang bosan pulak nak baca post aku ni panjang-panjang . Okay la , keep on waiting ye uoll .. 

Bubye , Assalamualaikum ....

Pengajaran:
Belajar untuk beralah , beralah bukan bermaksud kita kalah . Terkadang tu , bila kita beralah , akan ada perkara yang lebih baik menanti kita . Tak perlu lah nak fight untuk benda yang tak patut . Kalau Allah swt dah tetapkan yang dia tu untuk kita dan dia jodoh kita . Insyaa Allah , walau macam mana sekalipun , dia tetap untuk kita . 

No comments: