Friday 8 June 2018

Kasih Sayang Palsu #4

#4

Assalamalaikum dan hai . Okay , ini sambungan dari #3 which is #4 . Sila lah baca post #1, #2 dan #3 supaya lebih paham . Sekian terima kasih ye uoll .

I started to be fine masa Lan kata yang Lan pilih aku dari ex dia tu . Tapi persoalan dia sekarang . Kakak dia nak jumpa aku . Kakak Lan ni siap kata lagi ' Kalau kau tak mau kawin sama perempuan tu (ex dia) sebab kau kata kau sudah ada kekasih kan . Kau bawa aku jumpa sama kekasih hati kau yang di Semenanjung tu ' . Lan bagi tahu aku pasal ni . Weyhhh , tak pernah weyh aku nak jumpa family bf . Gila ke apa aku nak jumpa . Kawan pun tak lama , nak bawa jumpa family . But demi menjaga hati Lan , and demi menghargai pengorbanan dia yan sanggup bertekak dengan kakak dia demi pertahankan aku . Aku rasa it was the best kot untuk aku settle down ngan kakak dia ni . Maybe kakak dia ni taknak dia tersalah pilih ke apa . Tapi aku tahu dalam hati kakak dia tu still ada simpan niat  nak kawin kan dia ngan ex dia tu . Aku tak mendoakan tapi aku rasa macam tu la . Sebab aku rasa mesti lah kakak dia dah janji something ngan perempuan tu kan . And ni apa yang aku dapat tahu dari Lan tu la , Lan kata perempuan tu tak habis-habis nak bertenggek kat umah kakak dia and try hard untuk goda Lan ni . Asal Lan g umah kakak dia je ada je perempuan tu . Nampak sangat la perempuan tu yang terhegeh nak dekat Lan kan . Hati aku yang kat KL ni pun risau jugak sebab yelah kan , sape tak risau ex gf bf aku kat umah dia kot . Risau la , kot-kot nanti cinta berputik balik antara dorang . So masa ni aku just berhati-hati je lah . Tapi aku still nasihatkan Lan ni supaya jaga la hati tu takut nanti tersangkut pulak ngan ex dia tu .

Masa ni dah dekat seminggu Lan ni kat Sarawak since hal tanah tak settle lagi . Masa dah settle suma hal tanah tu . Kakak dia mula la bukak mulut duk ungkit nak jumpa aku . Lan tak tahan and serabut dengan kakak dia tu . Dia tak suka kakak dia duk paksa-paksa dia . Dia pun book ticket flight n and hotel untuk family dia datang Semenanjung . Lepas dia book , dia bagi tahu aku yang dia nak bawak family dia datang jumpa aku . Aku pun okay je la kan walaupun masa tu gugup nak mati weyh . Then , dia bagi tahu yang flight dorang satu family pada keesokkan harinya . And maybe sampai dalam tgh hari . And dia kata diakan terus bawak family dia jumpa aku and dia akan bawak rombongan merisik terus . Aku masa tu terkejut beruk weyhh . Gila ke , takde angin takde ribut tetiba nak datang bawak rombongan . Aku dah la kat Shah Alam , umah aku kat Gombak. Aku dah la keje masa dorang nak datang tu . Korang fikir ah macam mana aku nak balik Gombak sedangkan aku keje and mak aku tak tahu tau yang dia nak bawak rombongan . OMG masa tu duk fikir apa mak aku nak bagi dorang makan ? Rumah aku okay ke orang nak datang ke bersepah ? . Masa tu aku dah tak tenang weyh . Buat suma benda suma jadi tak kene mengenangkan apa yang akan jadi esoknya . Mati lah aku nakkk . Tapi nak ke taknak aku kene terima jugak kehadiran family dia sebab dia dah book bagai kot . Membazir lah kan .

Tiba la hari keesokannya , aku keje shift pagi masa tu . Lepas subuh dia chat aku kata yang dia dah otw satu family ke airport Kuching . Aku pun hati dah berdegup bagai nak rak dah kat KL ni .Alhamdulillah la , Allah tu nak selamatkan aku dari keadaan agaknya . Dalam pukul 10.30am , Lan chat aku balik yang dia cancel flight sebab dia dapat call dari sedara mara dia yang Pakcik dia meninggal masa dorang ni tengah tunggu flight nak ke Semenanjung . Masa dia bagi tahu pasal ni , lega weyh . Bukan la suka sebab dia tak jadi bawak rombongan . Tapi agak tenang la sebab benda tak kelam kabut .

Bila dah cancel flight , dorang pun bergerak lah ke rumah pakcik dorang ni . Sampai-sampai je , biasa lah kan , Lan ni memang sikap dia , dia tak boleh nak duk diam bila kat sana . Ada je yang dia nak buat and Lan ni tak lokek la kata orang kalau bab-bab duit ni . Dia banyak la sumbang duit bagai . Dalam tgh hari , Lan ikut cousin dia ke bandar sebab cousin dia nak cari barang , Lan pulak nak keluarkan duit . Sebab duit dah banyak keluar masa majlis pengkebumian pakcik dia tu . Dah settle amik duit suma . Ada pulak benda yang jadi . Masa tu dia dah otw balik umah dah la . Lan terperasan yang dompet dia takde dalam poket dia .....

Haaa ... udoh-doh ler tu yer . Jangan la kusyuk sangat baca . Biar suspen sikit . Sambung lain kali pulak , sis penat la nak menaip . Dah la bulan puasa ni . Hahahahaha . So sila tunggu ye. Sebab dah nak sampai tahap aku pulak berkorban untuk dia . OMG tak sabar rasanya nak cerita pasal next story ni . Tapi sedih pun ada bila nak ingat balik . Takpe , korang sambung baca nanti okay .

Assalamualaikum and Bubye

Pengajaran :
Kalau kau betul nak kan seseorang tu , tunjukkan effort kau untuk miliki dan menagi hati dia . Jangan sebab family , kau snaggup korbankan kebahagiaan kau seumur hidup kau . Kau ada hak atas diri kau . 

No comments: