Saturday 9 June 2018

Kasih Sayang Palsu #5

#5

Assalamualaikum and hai , ni sambungan daripada #4 which is #5 . Kalau rasa nak lebih paham cerita aku ni . Sila lah baca post #1 , #2 ,#3 dan #4 ye . Okay , enjoy it .

Sambungan cerita #4 ni macam ni . Kan kat #4 aku ada cerita yang Lan ni perasan yang dompet dia takde masa dia dalam kereta otw balik dari bandar kan . Then , Lan and cousin dia ni patah balik kat bandar kat tempat dorang pergi tadi . Tapi macam biasa lah kan . Mana nak ada . Dompet kot . Sekejap je lah orang nak amik kan . Lan pun tak perasan sama ada jatuh tercicir or orang seluk saku . Ikut apa yang Lan ni cerita kat aku . Dalam dompet dia tu ada dalam RM1200 , IC , kad bank and macam-macam lagi lah dalam tu . Nak dijadikan cerita , aku pun tak tahu la ni kes malang ke apa . Sebab masa dia hilang dompet tu , hari Jumaat . Macam mana nak g settle kan pasal kad bank suma kan . So , terpaksa lah tunggu sampai hari Isnin .

Malam tu dok sebuk mecari duit nak bayar hutang . Bukan hutang la , actually ganti rugi . Sebab dia book flight tu ngan kawan dia . So kan dia cancel flight . So kena bayar ganti rugi lah kan . Kene bayar RM1200 . Mana nak cari weyh RM1200 dalam masa satu malam . And kawan dia pun satu , kesian la sikit , member baru lepas hilang dompet kot . Nak jugak hari Sabtu tu duit . Aishhh , tak paham aku . Then , dah habis buntu nak cari duit . Dia puan amik keputusan terakhir , dia gadai rantai arwah nenek dia and aku sebab kesian tengok Lan ni susah hati , dengan rela hati , aku pun hulurkan sikit duit aku . Tak banyak pun but beratus la jugak.Then , dia settle kan suma hutang tu .

Dah esoknya , dia ada kata yang dia sakit perut . Aku ingat sakit perut biasa je lah kan . Sebab biasa lah kan , sakit perut . Aku pun takde la nak expect lebih-lebih . Malam nya dia bagi tahu aku yang perut dia makin sakit .Dah pukul 3am , dia chat aku lagi kata yang dia dah mula menggigil . Aku masa tu risau . Tapi takboleh nak buat apa sebab aku jauh kot dengan dia . Dalam pukul 6am , aku bangun untuk solat subuh . And aku perasan yang ada chat dari Lan ni . Lan kata yang dia dalam ambulance otw g hospital . Terus terkejut aku weyh . Gelisah, risau suma ada . Then , dia kene tahan duk hospital . Hospital Serian, Sarawak . Punca kene tahan sebab gastrik . Then , baru aku tahu yang dia ada gastrik . And baru aku tahu yang dia rupanya berlapar sepanjang hari semalam sebab takde duit makan . Ya Allah masa tu rasa macam bodoh nya aku , bf dah separuh mati tahan lapar sebab takde duit tapi aku tak tahu pun .

Masa dah kene tahan tu , doktor amik darah suma . Yang aku nak bengang nya , dah la bf aku tu sakit gastrik . Boleh dorang pihak hospital tak bagi bf aku makan . Aku macam what the hell weyh . Korang nak tunggu orang mati sebab kelaparan baru korang nak bagi makan ke ? Ada la pihak hospital bagi air tapi air untuk rehydrate badan . Lan kata air tu tak sedap . haha . Dalam sejam lepastu , doktor datang amik darah dia sebab nak buat examination through darah dia . Keesokkan nya . Dapat result darah tu . Doktor kata based on result tu , Lan ni ada ulcer usus tahap 3 dalam perut tu . Masa Lan bagi tahu pasal ni . Aku dah mula nak menitik airmata kenang kan nasib dia . Doktor suruh operate as soon . Lepas dia operate . Alhamdulillah la , sumanya okay . Cuma dia jadi cepat lapar . Sebab Lan ni dulu smoking , tapi dah try untuk stop smoking . So sebab tu dia jadi cepat lapar .

Disebabkan dia ni lapar and takde duit kat tangan untuk beli makanan . Aku ni sebab tak sanggup tengok bf kelaparan disebabkan takde duit . Aku bagi dia duit lagi . Tapi tak banyak just untuk dia beli something untuk dia makan kalau dia lapar . Lepas 2hari duk kat hospital Serian ,Sarawak . Lan di transfer ke Hospital Kuching , Sarawak . Sebab ada orang atasan kat IPD Sarawak nak datang lawat dia .

Sudah-sudah cukup sampai sini dulu kot . Nanti-nanti aku sambung lagi cerita ni ye . Stay tune ..

Bubye and Assalamualaikum ....

Pengajaran :
Tak salah untuk kita membantu pasangan kita yang dalam kesusahan . Mungkin hari ni dia susah mana tahu hari akan datang kita pulak susah . Sebab kita ni tak sentiasa di atas , sampai nanti satu saat , kita akan rasa berada di bawah .

No comments: