Wednesday 4 March 2020

Kasih Sayang Palsu #7

#7

Assalamualaikum and hai all .. Ini sambungan daripada #6 which is #7. Kalau korang yang baru baca blog aku ni , sila la baca #1-#6 dulu supaya korang lebih paham ceritanya ye . But yeahhh a little bit longer .

First of all so sorry sangat sebab busy la . Takde masa nak update story ni. So let's continue the story now .

After aku dapat tahu dia dah balik. Seronok lah kan . Sebab plan nak jumpa lepas raya kan. Since aku pun dah prepared myself untuk jumpa dia .And since mak aku pun dah tahu yang dia nak datang jumpa . Boleh bayang tak , kalau kau , kau percaya tak kat laki yang dah call n speak with your mom ? Of course la kau akan percaya kat laki tu .Kau akan rasa laki tu serious nak kawan ngan kau kan . Then days go on .. Satu hari tu dia call aku kata yang dia ak boleh nak datang KL jumpa aku . Aku pun tanya lah kenapa . Dia kata yang dia nak kene kumpul duit dulu sbb nak bawak family datang kan . Aku pun story la pasal ni kat mak aku sbb nak stop buat preparation . Then , unexpected gila,mak aku boleh pulak nak support RM500 dan aku pun tambah la RM400 . So Lan cuma kene tambah RM300 je lagi untuk dtg bawak family dia jumpa family aku . Aku bank in duit tu kat dia senyap2. Bila dah bank in ,aku roger dia yang aku dah bank in . Then , dia marah aku . dia kata dia taknak susahkan mak aku and aku . But aku dah bank in dah pun . Mak aku and aku ikhlas sebab nak dia datang punya pasal . Tapi dia janji akan ganti balik. Then , okay je plan jalan mcm biasa . Aku dah get ready dulang hantaran , dah beli baju unuk tunang and dah beli buah ,coklat untuk hantaran .


 Image result for baju tunang peach
Macam ni la baju aku beli untuk majlis 

Masa tu dah excited teruk dah . Sebab dah nak dekat kan dengan raya . Lagi 2minggu tak silap aku . Then aku dapat rasa yang dia dah tak call aku tau . Then aku suddenly terperasan yang ntah2 aku ni dah kene main or pukau . Then aku call dia , suma ak angkat . Aku whatsapp , aku cari kt FB , aku cari kt Instagram . Suma takde ... Guess what , aku rasa mmg sah aku kene main . Aku pun kira la balik berapa yang aku dah habis untuk dia . Kira punya kira , hamik kau RM1800 gais . Almost 2k woi . Then aku nak atau tak , aku kene bagi tahu mak aku untuk stop preparation untuk tunang tu . And yeahh , aku stop kan preparation tu. 

Sakit ? Bukan takat sakit . Perit payau suma ada . Complete si Lan ni bagi kat aku . Memang orang yang tak ada kat tempat aku , kau akan kata aku bodoh sebab percaya kat jantan tu kan . Tapi yeahh benda dah nak jadi . Menangis pun tak guna babe. Aku n mak aku redha je pasal ni . 

Barang yang aku dah beli tu ? Nak tahu aku buat apa ? Kek yang dah tempah , aku bagi makan kat family masa raya tu . Buah and coklat pun sama , aku bagi family makan . Dengan harapan boleh lupa la si Lan tu . Baju ? Baju aku hanya pakai masa raya tu je . Tu pun sbb fikir aku beli baju tu mahal RM150 weyh . So pakai la . Ouh ya , aku ada pakai sekali masa g kelas . Tapi sekali tu je la . Memang takkan pakai dah , sakit hati pakai baju tu . Baju tu sepatutnya dipakai dengan rasa seronok but not. Tapi kan, RM2000 tu mmg lambang kebodohan yang aku dah wujudkan dalam kisah hidup aku. 

Nak buat macam mana kan . Allah swt dah set from he top . Dari belah aku , aku maafkan dia . But aku tak halalkan duit tu sebab dia tahu yang actually aku punya duit yang aku bagi dia pinjam tu adalah duit yang aku kumpul untuk sambung belajar. Duit tu aku cari atas titik peluh aku , keringat aku bekerja weyh . Sanggup si Lan ni buat aku mcm ni . Memang sial jantan tu . Takpe , sabar Nazirah , redha je ...


...TAMAT...
Pengajaran:
Tak salah nak membantu seseorang , mungkin kita sebagai orang yang baik , kita akan fikir yang itu sebagai ujian Allah swt untuk kita untuk tengok sama ada kita nak bantu atau tidak . But sebagai manusia , kau sepatutnya not take for granted la benda mcm ni . Peace no wars.

Monday 7 January 2019

Kasih Sayang Palsu #6

#6

Assalamualaikum and hai , ini sambungan dariada #5 which is #6 . Kalau nak lebih paham cerita aku ni sila lah baca #1 - #5 ye . Okay , enjoy it XD

Jadi mari lah kita sambung semula cerita kita ni yang telah lama tergendala akibat kesibukan diri ini . Lepas je si Lan ni dipindahkan ke Hospital Kuching ,Sarawak . Dia kan takde duit . Aku kesian dengan dia sbb tak makan sebab mengharapkan makanan hospital je . Aku pun bank in kat dia dalam RM30 kot tak silap just untuk dia beli makanan ringan if dia lapar . Yup , dia tunjuk dia beli apa . So aku percaya yang dia beli makanan . Even waktu tu aku kt sini just makan conflake ngan susu je sebab nak bg dia duit. Sebab masa ni kan aku keje , malu la nak minta pinjam duit kat kawan or family . So takpe , aku ikat perut as long as dia tak ikat perut sebab dia tgh sakit . Aku ni tak sakit then okay kan .

Dia duduk dekat hospital tu tak lama , dalam 3 hari je . Dapat keputusan yang di dah boleh balik pada esoknya. Masa tu seronoknya dia tak terkata . Maklum la , orang dah bosan duduk hospital . Tapi tu lah . Malang tak berbau . Masa petang lepas dia dapat tahu yang boleh balik tu . Dia pergi tandas untuk mandi . Nak jadi nasib dia. Dia tergolek jatuh dalam tandas hospital sebab cleaner kat situ cuci tak betul . Then, lepas dia siap mandi . Dia terus contact aku kata yang dia jatuh . Aku tanya la kat dia , sakit tak tempat operate tu . Dia kata sakit . Aku suruh dia bagi tahu doktor . Then doktor kata , tempat yang operate tu dh bengkak kat dalam . Doktor nak buat operate lagi sekali sebab nak bukak balik jahitan operate tu . Dia tak call aku , sebab taknak bagi aku risau pasal dia . Dia cuma call cousin dia . Bila cousin dia sampai , dia pass fon dia kat cousin dia . Dia pesan kat cousin dia , kalau ada perempuan call or msg tanya pasal dia . Dia suruh balas msg tu . Then doktor bawak dia masuk bilik operate untuk check . Lepas check , doktor bagi tahu kat cousin dia tu yang operate yang buat hari tu buat tu dah putus . Which is usus yang doktor sambung hari tu terputus . Doktor kata nak kene operate lagi sekali . Yang aku ni duk msg dia tanya keadaan dia suma . Then cousin dia pun balas kat aku kata kat aku pasal keadaan dia . Masa aku tahu pasal tu . Hati ni dah mula gelisah . Lepas operate , cousin dia contact aku kata dia KOMA !!!! Masa tu air mata aku dah tak tahan dah . Menangis teruk aku . Mak aku masuk bilik tengok aku menangis . Mak aku tanya asal nangis ? Aku cerita kat mak aku pasal dia dari mula sampai habis . Mak aku sekali menangis . Malam tu sampai pukul 3 pagi aku tak berhenti menangis . Fikir keadaan dia . Doa aku tak berhenti untuk dia sampai lah aku tertidur . Bila bangun pagi nak solat Subuh . Aku dapat msg dari cousin dia . Cousin dia kata yang dia dah sedar . Lega rasa hati ni .

Lepas beberapa 3 hari . Dia dah dilepaskan balik . Alhamdulillah , lega rasa hati aku .. Dia dah balik . And dia dah janji ngan aku nak jumpa aku seminggu lepas raya . Siapa je yang tak excited nak jumpa pujaan hati kan . Tengah menunggu waktu je ...

Dah la , tunggu next pulak .. Panjang sgt dah cerita aku ni . Jemu pulak korang baca .. Stay tune guys for the next story . And mungkin akan buat korang terkejut ...

Assalamualaikum and bubye :D

Pengajaran :
Jangan terlampau seronokbila dapat berita gembira . Allah swt tu nak tarik nikmat hidup dan kebahagiaan tu sekejap je . Tapi bila dah jadi mcm ni , kene la redha . jangan persoal kan pulak kenapa Allah swt bg ujian macam tu. And kita kene sentiasa support pasangan kita dan bertawakal kepada Allah swt

Saturday 9 June 2018

Kasih Sayang Palsu #5

#5

Assalamualaikum and hai , ni sambungan daripada #4 which is #5 . Kalau rasa nak lebih paham cerita aku ni . Sila lah baca post #1 , #2 ,#3 dan #4 ye . Okay , enjoy it .

Sambungan cerita #4 ni macam ni . Kan kat #4 aku ada cerita yang Lan ni perasan yang dompet dia takde masa dia dalam kereta otw balik dari bandar kan . Then , Lan and cousin dia ni patah balik kat bandar kat tempat dorang pergi tadi . Tapi macam biasa lah kan . Mana nak ada . Dompet kot . Sekejap je lah orang nak amik kan . Lan pun tak perasan sama ada jatuh tercicir or orang seluk saku . Ikut apa yang Lan ni cerita kat aku . Dalam dompet dia tu ada dalam RM1200 , IC , kad bank and macam-macam lagi lah dalam tu . Nak dijadikan cerita , aku pun tak tahu la ni kes malang ke apa . Sebab masa dia hilang dompet tu , hari Jumaat . Macam mana nak g settle kan pasal kad bank suma kan . So , terpaksa lah tunggu sampai hari Isnin .

Malam tu dok sebuk mecari duit nak bayar hutang . Bukan hutang la , actually ganti rugi . Sebab dia book flight tu ngan kawan dia . So kan dia cancel flight . So kena bayar ganti rugi lah kan . Kene bayar RM1200 . Mana nak cari weyh RM1200 dalam masa satu malam . And kawan dia pun satu , kesian la sikit , member baru lepas hilang dompet kot . Nak jugak hari Sabtu tu duit . Aishhh , tak paham aku . Then , dah habis buntu nak cari duit . Dia puan amik keputusan terakhir , dia gadai rantai arwah nenek dia and aku sebab kesian tengok Lan ni susah hati , dengan rela hati , aku pun hulurkan sikit duit aku . Tak banyak pun but beratus la jugak.Then , dia settle kan suma hutang tu .

Dah esoknya , dia ada kata yang dia sakit perut . Aku ingat sakit perut biasa je lah kan . Sebab biasa lah kan , sakit perut . Aku pun takde la nak expect lebih-lebih . Malam nya dia bagi tahu aku yang perut dia makin sakit .Dah pukul 3am , dia chat aku lagi kata yang dia dah mula menggigil . Aku masa tu risau . Tapi takboleh nak buat apa sebab aku jauh kot dengan dia . Dalam pukul 6am , aku bangun untuk solat subuh . And aku perasan yang ada chat dari Lan ni . Lan kata yang dia dalam ambulance otw g hospital . Terus terkejut aku weyh . Gelisah, risau suma ada . Then , dia kene tahan duk hospital . Hospital Serian, Sarawak . Punca kene tahan sebab gastrik . Then , baru aku tahu yang dia ada gastrik . And baru aku tahu yang dia rupanya berlapar sepanjang hari semalam sebab takde duit makan . Ya Allah masa tu rasa macam bodoh nya aku , bf dah separuh mati tahan lapar sebab takde duit tapi aku tak tahu pun .

Masa dah kene tahan tu , doktor amik darah suma . Yang aku nak bengang nya , dah la bf aku tu sakit gastrik . Boleh dorang pihak hospital tak bagi bf aku makan . Aku macam what the hell weyh . Korang nak tunggu orang mati sebab kelaparan baru korang nak bagi makan ke ? Ada la pihak hospital bagi air tapi air untuk rehydrate badan . Lan kata air tu tak sedap . haha . Dalam sejam lepastu , doktor datang amik darah dia sebab nak buat examination through darah dia . Keesokkan nya . Dapat result darah tu . Doktor kata based on result tu , Lan ni ada ulcer usus tahap 3 dalam perut tu . Masa Lan bagi tahu pasal ni . Aku dah mula nak menitik airmata kenang kan nasib dia . Doktor suruh operate as soon . Lepas dia operate . Alhamdulillah la , sumanya okay . Cuma dia jadi cepat lapar . Sebab Lan ni dulu smoking , tapi dah try untuk stop smoking . So sebab tu dia jadi cepat lapar .

Disebabkan dia ni lapar and takde duit kat tangan untuk beli makanan . Aku ni sebab tak sanggup tengok bf kelaparan disebabkan takde duit . Aku bagi dia duit lagi . Tapi tak banyak just untuk dia beli something untuk dia makan kalau dia lapar . Lepas 2hari duk kat hospital Serian ,Sarawak . Lan di transfer ke Hospital Kuching , Sarawak . Sebab ada orang atasan kat IPD Sarawak nak datang lawat dia .

Sudah-sudah cukup sampai sini dulu kot . Nanti-nanti aku sambung lagi cerita ni ye . Stay tune ..

Bubye and Assalamualaikum ....

Pengajaran :
Tak salah untuk kita membantu pasangan kita yang dalam kesusahan . Mungkin hari ni dia susah mana tahu hari akan datang kita pulak susah . Sebab kita ni tak sentiasa di atas , sampai nanti satu saat , kita akan rasa berada di bawah .

Friday 8 June 2018

Kasih Sayang Palsu #4

#4

Assalamalaikum dan hai . Okay , ini sambungan dari #3 which is #4 . Sila lah baca post #1, #2 dan #3 supaya lebih paham . Sekian terima kasih ye uoll .

I started to be fine masa Lan kata yang Lan pilih aku dari ex dia tu . Tapi persoalan dia sekarang . Kakak dia nak jumpa aku . Kakak Lan ni siap kata lagi ' Kalau kau tak mau kawin sama perempuan tu (ex dia) sebab kau kata kau sudah ada kekasih kan . Kau bawa aku jumpa sama kekasih hati kau yang di Semenanjung tu ' . Lan bagi tahu aku pasal ni . Weyhhh , tak pernah weyh aku nak jumpa family bf . Gila ke apa aku nak jumpa . Kawan pun tak lama , nak bawa jumpa family . But demi menjaga hati Lan , and demi menghargai pengorbanan dia yan sanggup bertekak dengan kakak dia demi pertahankan aku . Aku rasa it was the best kot untuk aku settle down ngan kakak dia ni . Maybe kakak dia ni taknak dia tersalah pilih ke apa . Tapi aku tahu dalam hati kakak dia tu still ada simpan niat  nak kawin kan dia ngan ex dia tu . Aku tak mendoakan tapi aku rasa macam tu la . Sebab aku rasa mesti lah kakak dia dah janji something ngan perempuan tu kan . And ni apa yang aku dapat tahu dari Lan tu la , Lan kata perempuan tu tak habis-habis nak bertenggek kat umah kakak dia and try hard untuk goda Lan ni . Asal Lan g umah kakak dia je ada je perempuan tu . Nampak sangat la perempuan tu yang terhegeh nak dekat Lan kan . Hati aku yang kat KL ni pun risau jugak sebab yelah kan , sape tak risau ex gf bf aku kat umah dia kot . Risau la , kot-kot nanti cinta berputik balik antara dorang . So masa ni aku just berhati-hati je lah . Tapi aku still nasihatkan Lan ni supaya jaga la hati tu takut nanti tersangkut pulak ngan ex dia tu .

Masa ni dah dekat seminggu Lan ni kat Sarawak since hal tanah tak settle lagi . Masa dah settle suma hal tanah tu . Kakak dia mula la bukak mulut duk ungkit nak jumpa aku . Lan tak tahan and serabut dengan kakak dia tu . Dia tak suka kakak dia duk paksa-paksa dia . Dia pun book ticket flight n and hotel untuk family dia datang Semenanjung . Lepas dia book , dia bagi tahu aku yang dia nak bawak family dia datang jumpa aku . Aku pun okay je la kan walaupun masa tu gugup nak mati weyh . Then , dia bagi tahu yang flight dorang satu family pada keesokkan harinya . And maybe sampai dalam tgh hari . And dia kata diakan terus bawak family dia jumpa aku and dia akan bawak rombongan merisik terus . Aku masa tu terkejut beruk weyhh . Gila ke , takde angin takde ribut tetiba nak datang bawak rombongan . Aku dah la kat Shah Alam , umah aku kat Gombak. Aku dah la keje masa dorang nak datang tu . Korang fikir ah macam mana aku nak balik Gombak sedangkan aku keje and mak aku tak tahu tau yang dia nak bawak rombongan . OMG masa tu duk fikir apa mak aku nak bagi dorang makan ? Rumah aku okay ke orang nak datang ke bersepah ? . Masa tu aku dah tak tenang weyh . Buat suma benda suma jadi tak kene mengenangkan apa yang akan jadi esoknya . Mati lah aku nakkk . Tapi nak ke taknak aku kene terima jugak kehadiran family dia sebab dia dah book bagai kot . Membazir lah kan .

Tiba la hari keesokannya , aku keje shift pagi masa tu . Lepas subuh dia chat aku kata yang dia dah otw satu family ke airport Kuching . Aku pun hati dah berdegup bagai nak rak dah kat KL ni .Alhamdulillah la , Allah tu nak selamatkan aku dari keadaan agaknya . Dalam pukul 10.30am , Lan chat aku balik yang dia cancel flight sebab dia dapat call dari sedara mara dia yang Pakcik dia meninggal masa dorang ni tengah tunggu flight nak ke Semenanjung . Masa dia bagi tahu pasal ni , lega weyh . Bukan la suka sebab dia tak jadi bawak rombongan . Tapi agak tenang la sebab benda tak kelam kabut .

Bila dah cancel flight , dorang pun bergerak lah ke rumah pakcik dorang ni . Sampai-sampai je , biasa lah kan , Lan ni memang sikap dia , dia tak boleh nak duk diam bila kat sana . Ada je yang dia nak buat and Lan ni tak lokek la kata orang kalau bab-bab duit ni . Dia banyak la sumbang duit bagai . Dalam tgh hari , Lan ikut cousin dia ke bandar sebab cousin dia nak cari barang , Lan pulak nak keluarkan duit . Sebab duit dah banyak keluar masa majlis pengkebumian pakcik dia tu . Dah settle amik duit suma . Ada pulak benda yang jadi . Masa tu dia dah otw balik umah dah la . Lan terperasan yang dompet dia takde dalam poket dia .....

Haaa ... udoh-doh ler tu yer . Jangan la kusyuk sangat baca . Biar suspen sikit . Sambung lain kali pulak , sis penat la nak menaip . Dah la bulan puasa ni . Hahahahaha . So sila tunggu ye. Sebab dah nak sampai tahap aku pulak berkorban untuk dia . OMG tak sabar rasanya nak cerita pasal next story ni . Tapi sedih pun ada bila nak ingat balik . Takpe , korang sambung baca nanti okay .

Assalamualaikum and Bubye

Pengajaran :
Kalau kau betul nak kan seseorang tu , tunjukkan effort kau untuk miliki dan menagi hati dia . Jangan sebab family , kau snaggup korbankan kebahagiaan kau seumur hidup kau . Kau ada hak atas diri kau . 

Kasih Sayang Palsu #3

#3

Disebabkan aku kebosanan , aku rasa nak continue post #3 ni . So , pada sesiapa yang baru in dalam blog aku ni , sila lah baca post yang lepas-lepas which is #1 and #2 . Boleh je nak baca terus #3 tapi macam tak syok la sebab dah tengah-tengah kan . Lebih elok kalau start from #1 kan . Pada yang dah baca , thanks sebab stay tune untuk dengar cerita merepek aku ni . Bukan merepek okay . Cerita kenyataan . But Alhamdulillah la , bagi aku setiap yang berlaku dalam perhubungan aku dengan Lan ni ada hikmahnya . Macam mak aku selalu kata , Allah swt uji kerana Allah swt tahu tahap kemampuan hambaNya itu untuk menempuh dugaan yang diberi atau dugaan yang akan diberi . So , kita sebagai hambaNya , hanya mampu berserah dan bertaqwa . Qada dan Qadar telah ditetapkan . Cehhhh , dah macam ustazah pilihan 2018 dah aku ni . Hahahahaha . Sudah Nazirah , back to main point kita ye . 

Dalam lebih kurang 2minggu hubungan aku dengan Lan ni terjalin . Ada satu hari Lan bagi tahu aku yang dia nak kene balik Sarawak (maklumlah orang Sarawak lah katakan) . Dia bagi tahu yang maybe dia akan balik dalam 3 hari macam tu la . So , aku boleh buat apa kan . Lagi pun , dia bukannya nak kemana . Dia nak balik kampung halaman dia jugak . Tu pun kalau bukan sebab nak settle kan hal tanah , aku rasa dia tak balik kot . But , takpe aku okay je dia nak balik kampung dia . Yelah kan , takkan aku tak bagi pulak . Walaupun dalam hati ni kalau boleh taknak dia balik sebab nanti susah la aku nak contact dia . Mana tak nya . Korang pun tahu kan yang Sabah and Sarawak ni susah sikit dapat line . Sebab kawasan pendalaman . So line telefon susah sikit nak dapat .. Ouh ya , aku lupa nak bagi tahu . Lan ni dah takde parents , tpi dia ada kakak 2orang . Tapi hubungan dia dengan kakak dia ni kurang rapat sebab ada la masalah sikit (sorry tak boleh cerita sebab aib orang) . 

Lepas dia balik sana , biasa lah busy je memanjang . Orang dah lama tak balik kampung . So ,dia adalah orang yang jadi tumpuan bagi orang kampung . Tapi kalau ada masa terluang . Dia ada je contact aku bagai . Mana boleh tahan oii hati rindu . Hahaha . Masa dia dekat sana dia ada la lepak dengan kawan and saudara dia yang kat sana . Tiba-tiba , lepas 2 hari kot tak silap aku , kakak Lan ni bagi tahu Lan yang dorang nak jodohkan Lan ni .Lan ada bagi tahu aku . Aku masa tu macam tersentak gak kan . Sape je tak tersentak weyh . Bf nak dijodohkan dengan orang lain kot . Tambah pulak pilihan family . Sape je boleh lawan cakap family kan . And masa Lan bagi tahu aku yang kakak dia nak jodohkan dia tu . Aku acah cool . Siap boleh tanya lagi dengan sape kakak dia nak jodoh kan dia . Padahal masa tu rasa nak luruh jantung ni fikir apa yang akan jadi dengan relay aku . Then , Lan cakap yang kakak dia ni nak jodohkan dia dengan ex dia yang dulu . Aku tanya la , cantik ke perempuan tu ? Perempuan tu asal mana ? And macam-macam lagi la aku tanya . Tanya pun sebab nak try berlakon yang aku okay . And nak tutup rasa resah hati aku ni . Lan pun kata yang ex dia tu takde la cantik mana (yang ni aku tak tahu yang dia nak jaga hati aku or what). Biasa-biasa je kata Lan . Asal Sarawak la , sama macam Lan . Kakak dia pun berkenan sebab sama-sama Sarawak kan . Tapi Lan kata , Lan taknak ngan perempuan tu . Sebab ada la benda yang perempuan tu buat yang tak syok nak dicerita . 

Haaaa .. Ni dah nak masuk kes rela hati ni . Aku pun kata la kat Lan tu , yang aku tak kesah kalau dia nak go on ngan ex dia tu . Lagi pun kakak dia memang dah suka betul ngan perempuan tu . Aku bukan apa , aku taknak la nanti kalau la aku jadi kawin ngan Lan . Apa pulak kakak Lan pandang aku ni kan . Dah macam perosak rancangan keluarga orang dah . Lepas aku bagi tahu macam tu kat Lan ni . Lan macam nak marah . Tapi takpe , aku cool down . Aku taknak la gaduh en . So , aku cakap kat dia hal ni sebenarnya terpulang pada dia . Kalau dia kata dia nak , so lepaskan aku . Kawin ngan perempuan pilihan kakak dia tu . But sape yang rela kan . Kalau bf tinggalkan sebab nak penuhi kehedak keluarga . Memang la elok sebab ikut cakap keluarga . Tapi aku la kesian , terkontang-kanting sorang-sorang. Tapi Ahamdulillah la . Si Lan ni rasa sayang dia masih menebal kat aku masa tu . Dia cakap kat kakak dia yang dia taknak ngan perempuan tu sebab dia dah ada calon dia sendiri which is orang Semenanjung (aku la orang Semenanjung tu) . Kakak dia pun kata boleh kalau dia taknak kawin ngan perempuan pilihan kakak dia tu tapi dengan syarat . Kakak dia nak jumpa ngan aku . Dia pun , disebabkan taknak kawin ngan ex dia tu . Dia sahut cabaran kakak dia tu . Dia kata yang dia akan bawak akak dia datang jumpa aku . 

Cukup kot rasanya sampai sini , nanti bila-bila aku sambung #4 pulak ye . Panjang sangat la cerita ni . Nanti korang bosan pulak nak baca post aku ni panjang-panjang . Okay la , keep on waiting ye uoll .. 

Bubye , Assalamualaikum ....

Pengajaran:
Belajar untuk beralah , beralah bukan bermaksud kita kalah . Terkadang tu , bila kita beralah , akan ada perkara yang lebih baik menanti kita . Tak perlu lah nak fight untuk benda yang tak patut . Kalau Allah swt dah tetapkan yang dia tu untuk kita dan dia jodoh kita . Insyaa Allah , walau macam mana sekalipun , dia tetap untuk kita . 

Kasih Sayang Palsu #2

#2

Baik lah , mari kita sambung cerita pasal si Lan . Pada yang baru in dalam ni , Sila lah baca post yang bawah dulu sebelum korang baca yang #2 ni ye . Sebab kalau korang baca yang ni dulu . Korang takkan faham cerita awal . So sila lah rajinkan diri you all untuk baca yang bawah dulu . Terima kasih . And Thanks jugak pada yang still nak baca post baru aku ni . Jasa mu di kenang . Haha .

So let's start it , as usual la kan . Couple mana-mana pun seminggu memang takde masalah punya lah . But lepas seminggu , aku dah di datangkan dengan dugaan . Haaa .. Nak tahu apa dugaan nya . Dugaan merendahkan ego untuk selamatkan hubungan . Okay , meh aku story pasal kes asal dia macam mana . Sebab bagi aku kes ni sebenarnya kes ringan je tapi membawa kepada tangisan maut . Hambek kau , tangisan maut . Jangan main-main okay . Sebab apa aku kata tangisan maut . Sebab tangisan tu telah menjatuhkan ego aku . And aku sendiri tak tahu macam mana ego aku boleh jatuh ngan Lan ni . Bukan jatuh biasa-biasa tau . Jatuh merudum terox .

Cerita asal dia macam ni . Pada suatu hari Jumaat tu . Aku seperti biasa kerja lah kan . Tapi keje shift petang . Masuk pukul 3pm . Tapi sebab malas nak masak . Turun g keje awal sebab nak ajak member teman makan kat luar . Bukan luar pun , kedai makan dekat ngan klinik aku keje gak . Then , masa nak g keje tu . Macam biasa lah kan , duk sebuk berchat ngan Lan ni . Asalnya perbualan macam biasa . Elok je . Then , masa aku turun g keje tu , dalam pukul 12.30pm . Aku pun ada la ingat kan dia ni g solat Jumaat . Dia kata okay . Bila aku dah dekat kedai makan ngan kawan aku ni . Dah amik nasi , dah duduk kat meja . Aku dapat voice note dia dia kata dia nak tido . Masa tu dah pukul 1pm mcm tu la . Then aku vn cakap ' uii , tak g solat Jumaat ke ah ?' . Then , dia macam terkejut aku cakap macam tu . Dia kata 'Apasal kasar sangat bahasa? Tak boleh cakap elok-elok ke ?' . Masa tu aku ni bodoh . Tak sedar yang bahasa tu kasar . Sebab bagi aku , aku tak jerkah dia pun . Cuma tertinggi la sikit suara . Then , aku cakap la sorry ka dia . Lan ni pulak kata ' Kalau dah tak suka cakap je lah . Jangan main tinggi suara macam ni . Ingat sy ni apa ? Kalau dah tak suka sangat putus je lah !'. Aku macam terkedu kat kedai makan tu sebab perkataan PUTUS tu . Masa tu makan pun dah mula la takde selera . Asyik memikirkan si Lan ni dah sound aku tadi . Air mata masih tahan lagi . Sebab fikir aku ni kat kedai makan kan . Takkan nak nangis pulak tetiba , tambah pulak member keje aku ada depan aku . So cover la sikit kan air mata tu . Then Lan ni spam aku lagi . Dia kata ' Sy ni bukannya bodo sangat tak pergi solat Jumaat , sy tahu tanggungjawab sy.' Perghhhh , masa tu lagi la rasa nak menitik air mata ni . Rasa serba salah dah mula selubungi diri aku masa tu . Dah siap makan . Aku balik ke klinik .

Masuk je klinik , aku masuk bilik pantry , aku kunci pintu bilik tu . Terus call dia . But no respond . Aku pun takde la call dia lg sebab fikir maybe dia g solat Jumaat kan . So , cool kan diri dulu . Dalam pukul 3pm aku call dia lagi . Dia tak angkat call aku weyh . Dia decline call aku . Ya Allah , masa tu Allah je tahu perasaan serba salah tu menebal tahap apa dah . Still contact jugak . Sebab nak minta maaf la kan . Aku spam dia minta maaf , sorry , mengaku salah suma . Tapi no respond weyh . Perghhh , hati batu betul mamat ni . Then , masa tu air mata mula menitik . Sebab aku terfikir , takkan sebab kecik ni aku ngan dia nak putus kan . Macam tak berbaloi untuk aku korbankan hubungan aku ni semata-mata untuk hal ni . So , dalam keadaan yang duk menangis teruk tu . Still continue contact dia . text , call , voice note , suma lah . Then , dapat satu chat dari dia . Dia kata dalam chat tu ' Jangan kacau aku . Jangan cari aku ! Kau nak belah dari hidup aku pun aku tak kesah!' . Ya Allah , masa tu lagi la dengan tengah menangis and rasa nak menjerit je weyh . Sebab tak sangka dia boleh buat aku macam tu atas sebab kesalahan kecil aku . Aku pun hormat la kehendak dia . Aku biarkan dia . Aku rasa dia taknak aku serabut kan dia . Dia nak aku bagi dia ruang agaknya .

Then , aku cool down , aku lap air mata aku . Aku betulkan tudung . Keluar bilik pantry dengan hidung merah , mata merah and sembap . Memang nampak la muka baru lepas nangis . Memang sampai malam la aku kemurungan kerja . Sampai member sama shift pun tegur apasal aku diam and tak ceria hari tu . Aku diam je , tak jawab sepatah pun . Masa solat maghrib , aku doa Allah lembutkan hati dia ni . Lepas solat maghrib , aku try text Lan . Aku cuma bagi salam je kat dia . Dan Alhamdulillah la dia jawab salam aku tu . Masa tu hati dah mula lega sikit . Aku pun tanya dia 'Awk marah sy lagi ke ? Sorry la pasal tgh hari td . Takde niat pun nak marah or tengking awk mcm tu '. Dia kata ' Tak marah dah. Sy okay je.' Masa tu rasa bersyukur sangat . Alhamdulillah la doa aku termakbul untuk lembutkan hati dia and maafkan aku . Then , sembang macam biasa . Masa tu bersyukur sangat sebab hubungan aku tak berakhir dengan hal yang sekecil ni je . And suma nya kembali macam biasa . Gelak ketawa balik .

So , apa yang aku paham pasal lelaki based on apa yang jadi ni . Laki tak suka ditengking . Maybe dorang rasa kelelakian dorang tercabar kot bila di tengking . And some more , if la aku ada suami suatu hari nanti , takkan aku nak tengking suami aku kan . Maybe itu yang Lan nak pupuk pada aku . Kedua , lelaki tak suka di desak . Bila dia tengah marah , better korang biar kan dia tenang kan fikiran dia sebelum ada perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut dia . Maklumlah kan , masa tengah marah , mana nak sedar cakap apa . So biarkan dia tenangkan otak dia dulu . Jangan pulak korang g pressure dia , paksa-paksa dia bagai . Benda tu akan keruhkan lagi keadaan .

Maybe sampai sini je kot post untuk kali ni . Kalau nak tahu apa yang jadi lepas kes ni . Tunggu post #3 dari aku yer . Ada dugaan yang lagi perit aku ngan Lan ni lalui sepanjang perhubungan ni . So stay tune guys .


Pengajaran ;
Try selesaikan masalah bersama . Jangan lari dari masalah . Jangan asyik nak menang je . Mengaku dengan kesalahan sendiri . Kadang dengan cara mengaku kesalahan sendiri akan mengembalikan kebahagiaan dalam satu perhubungan tu . 

Thursday 7 June 2018

Kasih Sayang Palsu #1

#1

Assalamualaikum and Hye

Based on tittle post tu . Aku mula nak cerita pasal dugaan yang datang masa aku dah mula couple ni . Banyak sebenarnya dugaan yang terpaksa aku tempuh . Nak terlampau banyak tu takde lah but adalah sampai tahap aku menangis . Macam tak percaya kan yang aku akan nangis atas sebab yang bila aku fikir balik benda yang tak make sense langsung . Sebab jujur lah aku cakap , aku ni memang susah nak nangis sebab laki . Even masa aku break off ngan ex aku yang dulu pun , aku tak nangis tau .Bukan nak kata aku ni keras or what but feeling nak sedih sebab laki u takde . Maybe sebab u cumacintamonyet kot. hahaha

As usual , mula-mula dapat bercinta balik , memang la best kan . Seronok je . Jangan nak membohong lah kalau korang yang tengah couple tu , tak rasa seronok masa mula-mula couple dulu . Memang membohong sangat-sangat nyahhh . Mula-mula memang berbunga lah cerita dia kan , maklumlah dah ada peneman hidup baru. Tapi mustahil sangat yang korang takda masalah masa bercinta ni . Bercinta ni sangat sinonim dengan pergaduhan . Memang la orang ada kata , kene ada give and take , but kalau kita je nak give and si dia nak take . Itu dah dikira take advantage nama dia . Memang akan ada misundestanding dalam hubungan ni . Cuma kena la ada cara nak settle down masalah tu kan .

So , dah puas aku carut kat atas tu , sekarang tiba lah masa untuk aku cerita apa masalah aku . Let's start it .. Sebelum tu , aku bagi nama singkatan la ye kat bae aku ni sebab nama dia panjang sangat . So korang boleh panggil dia Lan . And sorry ye , dalam ni aku takkan sebut apa panggilan aku panggil kat dia and apa panggilan dia panggil kat aku sebab rasanya tu rahsia kita orang berdua kot (padahal malu) *tutup muka* . Okay , Lan ni keje polis tau . And untunk pengeahuan korang la kan  Lan ni sangat kuat jealous . Tahap jealous dia tu Masyaa Allah . And dia ni sangat caring and protective gila .

Even ada sekali tu , kat klinik tempat aku kerja ada kes rompakan kedai . But bukan lah klinik aku . Biasa lah kan , dah kene rompak , ada lah brother-brother polis datang untuk siasat. Tambah pulak klinik tu ada CCTV , so polis tu nak cek CCTV klinik aku ni la . Bila brother-brother polis ni masuk . For sure la aku akan senyum kan . Takkan la aku nak masam muka pulak . Silap-silap nanti aku yang masuk lokap sebab berlagak sgt . Hahahaha . Masa tu aku baru masuk shift keje , so macam blurr lg apa yang jadi kat situ . Aku pun chat la Lan aku ni bagi tahu yang dekat klinik aku ni ada kes rompak . Then kejap je , Dia dapat tahu suma benda . Dia tahu kedai apa yang kene rompak , siapa yang kene rompak , and paling pelik ,  dia tahu ada berapa orang polis kt klinik aku masa tu . Aku macam terkejut gila masa tu . Rupa-rupanya , Lan dah call one of the police yang ada kat dalam klinik aku tu . Yang kelakarnya , dia g tanya aku senyum tak kat dorang masa dorang masuk?. Masa tu rasa macam what the hell tanya aku senyum ke tak? . Then dia chat aku balik marah sebab aku senyum . Aku punya lah nak tergelak masa tu . Tapi masa tu takda lah marah yang teruk . Cuma marah-marah manja je . Sebab , yelah kan sape je tak jealous gf senyum kat orang lain . Kalau aku pun , aku akan jealous kalau Lan senyum kat perempuan lain .

Sebenarnya , Lan ni bukannya tak bagi aku kawan ngan laki . As long as aku tahu batas kawan laki lain . But aku tahu dia jealous sebenarnya kalau aku kawan ngan laki lain . So sekarang ni dah kurang la sikit aku bergaul ngan laki . Sebab aku ni mostly kawan aku kawan laki . Tapi dah kurang . Tak macam zaman single , aku sedar yang aku dah ada bf . So , aku terpaksa la berkorban demi menjaga hati Lan ni . Susah weyh kalau si Lan ni dah tarik muka . Serik aku . And biasa lah dia , kalau aku buat sesuatu tu cakap je yang aku buat benda tu . Jangan tipu dia . Memang lah kalau aku buat something yang dia tak suka , dia akan marah . Tapi is more better aku mengaku dengan apa yang aku buat daripada aku kene marah sebab aku tipu dia . Lagi teruk lah kalau dia dapat tahu aku tipu dia .

Sampai sini je lah untuk episod ni .Cehh , episod konon . Haha.  Nanti aku sambung lagi cerita kat part #2 . Wait ye guys .. Bubye guys , jaga diri .

Pengajaran : 
Bersikap jujur lah dengan pasangan masing-masing . Bukan susah pun nak jujur .Si dia bukan niat nak kongkong hidup kita , Dia cuma nak kita ni ada sifat jujur dalam hidup. Kejujuran tu penting dalam sesuatu perhubungan 👫