Monday 7 January 2019

Kasih Sayang Palsu #6

#6

Assalamualaikum and hai , ini sambungan dariada #5 which is #6 . Kalau nak lebih paham cerita aku ni sila lah baca #1 - #5 ye . Okay , enjoy it XD

Jadi mari lah kita sambung semula cerita kita ni yang telah lama tergendala akibat kesibukan diri ini . Lepas je si Lan ni dipindahkan ke Hospital Kuching ,Sarawak . Dia kan takde duit . Aku kesian dengan dia sbb tak makan sebab mengharapkan makanan hospital je . Aku pun bank in kat dia dalam RM30 kot tak silap just untuk dia beli makanan ringan if dia lapar . Yup , dia tunjuk dia beli apa . So aku percaya yang dia beli makanan . Even waktu tu aku kt sini just makan conflake ngan susu je sebab nak bg dia duit. Sebab masa ni kan aku keje , malu la nak minta pinjam duit kat kawan or family . So takpe , aku ikat perut as long as dia tak ikat perut sebab dia tgh sakit . Aku ni tak sakit then okay kan .

Dia duduk dekat hospital tu tak lama , dalam 3 hari je . Dapat keputusan yang di dah boleh balik pada esoknya. Masa tu seronoknya dia tak terkata . Maklum la , orang dah bosan duduk hospital . Tapi tu lah . Malang tak berbau . Masa petang lepas dia dapat tahu yang boleh balik tu . Dia pergi tandas untuk mandi . Nak jadi nasib dia. Dia tergolek jatuh dalam tandas hospital sebab cleaner kat situ cuci tak betul . Then, lepas dia siap mandi . Dia terus contact aku kata yang dia jatuh . Aku tanya la kat dia , sakit tak tempat operate tu . Dia kata sakit . Aku suruh dia bagi tahu doktor . Then doktor kata , tempat yang operate tu dh bengkak kat dalam . Doktor nak buat operate lagi sekali sebab nak bukak balik jahitan operate tu . Dia tak call aku , sebab taknak bagi aku risau pasal dia . Dia cuma call cousin dia . Bila cousin dia sampai , dia pass fon dia kat cousin dia . Dia pesan kat cousin dia , kalau ada perempuan call or msg tanya pasal dia . Dia suruh balas msg tu . Then doktor bawak dia masuk bilik operate untuk check . Lepas check , doktor bagi tahu kat cousin dia tu yang operate yang buat hari tu buat tu dah putus . Which is usus yang doktor sambung hari tu terputus . Doktor kata nak kene operate lagi sekali . Yang aku ni duk msg dia tanya keadaan dia suma . Then cousin dia pun balas kat aku kata kat aku pasal keadaan dia . Masa aku tahu pasal tu . Hati ni dah mula gelisah . Lepas operate , cousin dia contact aku kata dia KOMA !!!! Masa tu air mata aku dah tak tahan dah . Menangis teruk aku . Mak aku masuk bilik tengok aku menangis . Mak aku tanya asal nangis ? Aku cerita kat mak aku pasal dia dari mula sampai habis . Mak aku sekali menangis . Malam tu sampai pukul 3 pagi aku tak berhenti menangis . Fikir keadaan dia . Doa aku tak berhenti untuk dia sampai lah aku tertidur . Bila bangun pagi nak solat Subuh . Aku dapat msg dari cousin dia . Cousin dia kata yang dia dah sedar . Lega rasa hati ni .

Lepas beberapa 3 hari . Dia dah dilepaskan balik . Alhamdulillah , lega rasa hati aku .. Dia dah balik . And dia dah janji ngan aku nak jumpa aku seminggu lepas raya . Siapa je yang tak excited nak jumpa pujaan hati kan . Tengah menunggu waktu je ...

Dah la , tunggu next pulak .. Panjang sgt dah cerita aku ni . Jemu pulak korang baca .. Stay tune guys for the next story . And mungkin akan buat korang terkejut ...

Assalamualaikum and bubye :D

Pengajaran :
Jangan terlampau seronokbila dapat berita gembira . Allah swt tu nak tarik nikmat hidup dan kebahagiaan tu sekejap je . Tapi bila dah jadi mcm ni , kene la redha . jangan persoal kan pulak kenapa Allah swt bg ujian macam tu. And kita kene sentiasa support pasangan kita dan bertawakal kepada Allah swt

No comments: